Sunday, 27 April 2014

random feelings

Satu hati yang menyimpan pelbagai rasa.

Kau cuba pujuk orang lain
Sedang kau tahu peritnya hati
Bila hati kau tengah berdarah
Tapi kau tabah mengubati luka yg lain

Ayat macam geligeleman.

Lantangnya kau bagi semangat pada yg meminta
Sedang hati kau meronta minta bangkit
Bangkit dari luka yg ditusuk dalam
Kau abaikan diri kau bantu yg lain.

Tengahserabuttapimasihmampurungkaikankeserabutanoranglaintabahlahwahaihati

Kau tahu kau tak mampu bertahan
Tapi pesan pada diri kau punya Tuhan
Bilamana rasa peritnya tak tertahan
Kau kena ingat dunia ni ada sambungan
Akhirat sebagai pengakhiran.

Masih mampu tersenyum
Walau setiap bait lafaz kata menyakitkan
Air mata sedaya mampu di tahan
Tunduk dan senyum
Aku kuat kerana Tuhan.


Aku pelik dengan manusia
Katanya dia faham apa yang kita rasa
Masalah diri aku ni berbeza
Aku sendiri tak faham apa yang aku rasa


Kau kata kau faham
Tapi tindakan kau menyakitkan
Mana pergi rasa memahami rasa simpati
Aku luahkan supaya dapat berkongsi
Bukan untuk diperli dimainkan hati

Kau takkan pernah faham rasa ini
Bilamana kau sendiri yang alami.
Baru kau akan hayati
Setiap jerih perit suka duka silih berganti.

No comments:

Post a Comment