Thursday, 1 May 2014

Sabar itu memang tak ada batasnya.

Sungguh, ada waktu kita sabar ada waktu kita fed up.

Orang kata, sabarlah dgn bebudak.
Kerana mereka ahli syurga.

Tahap sabar aku--
Bukan dihadapan semua orang.
Kerna aku tahu aku takkan mampu bertahan
Dengan perangai sorangsorang
Mana nak cover malu mana nak cover sabar.

Tahap sabar aku--
Kadang sebak bilamana
Seorang budak usap paha kata kasihan
Sungguh dia perasaan yg menyentuh jiwa
Bilamana aku mula membentak
Dia datang menyejukkan

Budak tak mengerti apa--
Jangan lepaskan marah
Lepaskan tangisan
Biar dikata lemah
Tapi hanya kita yg faham
Rasa jiwa kita untuk kita saja.

Biar aku rebah untuk seketika.

Sunday, 27 April 2014

random feelings

Satu hati yang menyimpan pelbagai rasa.

Kau cuba pujuk orang lain
Sedang kau tahu peritnya hati
Bila hati kau tengah berdarah
Tapi kau tabah mengubati luka yg lain

Ayat macam geligeleman.

Lantangnya kau bagi semangat pada yg meminta
Sedang hati kau meronta minta bangkit
Bangkit dari luka yg ditusuk dalam
Kau abaikan diri kau bantu yg lain.

Tengahserabuttapimasihmampurungkaikankeserabutanoranglaintabahlahwahaihati

Kau tahu kau tak mampu bertahan
Tapi pesan pada diri kau punya Tuhan
Bilamana rasa peritnya tak tertahan
Kau kena ingat dunia ni ada sambungan
Akhirat sebagai pengakhiran.

Masih mampu tersenyum
Walau setiap bait lafaz kata menyakitkan
Air mata sedaya mampu di tahan
Tunduk dan senyum
Aku kuat kerana Tuhan.


Aku pelik dengan manusia
Katanya dia faham apa yang kita rasa
Masalah diri aku ni berbeza
Aku sendiri tak faham apa yang aku rasa


Kau kata kau faham
Tapi tindakan kau menyakitkan
Mana pergi rasa memahami rasa simpati
Aku luahkan supaya dapat berkongsi
Bukan untuk diperli dimainkan hati

Kau takkan pernah faham rasa ini
Bilamana kau sendiri yang alami.
Baru kau akan hayati
Setiap jerih perit suka duka silih berganti.

one in a million

Dia mampu untuk bertahan
Demi anakanak ntuk diberi makan
Walau letih itu makin mencengkam
Namun dia gagahkan jua

Dia senyum walau peluh berkeringat
Dia berdiri walau lutut terasa longlai
Dia cuba untuk memenuhi segala
Cuba untuk memuaskan hati
Agar hajat anak dapat dipenuhi

Pabila malam
Dia masih berjaga
Menghabiskan segala sisa kerja
Ku lihat ada kerut di wajahnya
Ada tangis di tubir mata
Ingin sekali ku sapu namun tak terdaya
Takut aku yang rebah dahulu dari dia

Sungguh dia kuat
Benar dia tabah
Anugerah Tuhan buat kami sekeluarga
Kekuatan itu Tuhan tiupkan
Untuk dia si ibu kesayangan
Hadiah yg sangat bernilai melebihi berlian
Satu dalam seribu

Sungguh, ada sebab mengapa syurga di bawah telapak kaki ibu :')

malassengkang

dansekalilagiakuterjebak
katanyadahtaknakmembiak
takutnantijadihabit
nantiapakerjapuntakjadi

banyaksebenarnyanakmeluah
sebabrasakosonggila
rasatakbolehnakmeluahdekatmanusia
hanyaberharappadatuhan

isihatiini
melaluitulisanini
lebihbanyakterluahdarihati
tadahtanganberdoatakjadi
sebabkadangtakterluah
airmatayangmengalirtanpahenti

harapinibolehjadipenggantidoa
AllahdengarAllahfaham
perangaimanusialainlain
janganbuatsmallmatterjadicomplicated

mogapermulaaninitiadapengakhiran.